KUALA LUMPUR: Bekas Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebangai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang kesembilan berkuatkuasa serta-merta.
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) serta menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Luar (2015-2018).
Dalam kenyataannya pada Selasa, Reezal berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh.
MATRADE turut menyambut baik pelantikan itu memandangkan pengalaman Reezal yang luas dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan perhubungan industri akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia dalam pasaran global baharu.
MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.
Hafizi Rosli
Tue May 02 2023
Reezal berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh - Foto BERNAMA
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week
Pereka fesyen tempatan Khoon Hooi telah mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.
Nilai perdagangan Malaysia lepasi RM2.64 trilion, China rakan dagang terbesar
Nilai perdagangan Malaysia direkodkan melepasi RM2 trilion selama tiga tahun berturut-turut dengan China terus menjadi rakan dagang terbesar negara.
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Matrade saran pengeksport Malaysia luaskan eksport ke New Zealand, Fiji
New Zealand dan Fiji adalah antara empat rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran utama di rantau ini.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).